Wednesday, 28 March 2012

ADAKAH ANDA INGIN MENJADI BOS


Anda mampu menentukan kehidupan anda. Anda bukan sahaja menguasai satu perniagaan yang baru malah gaya hidup yang lebih hebat.

Apabila anda mengambil peluang perniagaan , anda dengan sendiri akan menjadi bos. Anda menetapkan segala matlamat anda. menerusi usaha dan semangat membara, anda mampu menetapkan ganjaran kewangan tanpa had.
Anda boleh memulakan perniagaan yang mempunyai suatu landasan kejayaan yang telah terbukti dinikmati oleh berjuta perempuan dan lelaki di serata dunia dengan kos yang rendah untuk permulaan yang nominal.
perfumes student menawarkan anda kebebasan kewangan yang berpotensi untuk menjana keuntungan tanpa had. Tiada had atas kejayaan anda dari segi kewangan atau peribadi.

perfumes student merealisasikan kehidupan yang anda idamkan




APAKAH YANG ANDA AKAN LAKUKAN
 SEKIRANYA WANG BUKAN JADI HALAGAN


"kejayaan anda melalui perfumes student 
berapa banyak keperluan kehidupan yang diidamkan oleh anda dan berapa banyak peluang yang perfumes student buka"
*kebebasan kewangan
*melangsaikan segala hutang
*memiliki kediaman sendiri
*membawa keluarga melancong 
*berjumpa teman-teman lama dan baru

Kelebihan Bekerja Ikhlas


Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas.
Kelebihan bekerja dengan ikhlas.
1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, "talian hayatnya" bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.
2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai "self promotion" (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai "self improvement" (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.
3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh "punch card", CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.
4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah "kepala" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.
6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandanga dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat "lempar batu, sembunyi tangan".1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran

Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas "talian hayatnya" bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.
2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai "self promotion" (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai "self improvement" (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.
3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh "punch card", CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.
4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah "kepala" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.

6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandangan dan Pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat "lempar batu, sembunyi tangan".

Kekal Lama Dalam Satu-satu Perniagaan


Ramai orang yang pandai dan berkemahiran tinggi gagal dalam perniagaan atas dua sebab yang utama. Iaitu kerana mereka terlalu pandai dancepat bosan.
Mereka ini (bukan anda) akan memulakan perniagaan A, dan kemudian selepas 6 bulan mereka akan berkata.
"Aku rasa aku tersalah masuk dalam perniagaan ini, ia tidak seperti yang aku sangka. OK. Jom tukar bisnes"

Maka orang ini akan memulakan perniagaan kedua, selepas 6 bulan, perniagaan kedua pun akan menerima nasib yang sama.
Selepas 10 tahun, orang ini telah pun menjalankan 20 jenis perniagaan dan akan berbangga.
"Bisnes apa yang aku tak pernah buat ??? Semua bisnes aku pernah ceburi. Aku pernah buka bisnes restauran, bisnes travel, bisnes kedai buku, bisnes pakaian dan bla bla bla"
Namun selepas 10 tahun, tidak ada satu bisnes pun yang pernah berjaya.
Kenapa ini terjadi ? kerana orang ini terlalu pandai dan cepat bosan.
Biasanya apabila kita memulakan satu-satu perniagaan, kita perlukan masa yang panjang untuk maju dan mendapat keuntungan.
Ramai yang berfikir, bila dah start berniaga bermakna anda akan berenang dalam lautan duit. Ini mitos.
Untuk maju dan kekal dalam satu-satu perniagaan, kita perlu kekal di dalamnya dalam tempoh masa yang lama. Apa yang kita dapat dengan kekal dalam satu perniagaan dalam tempoh masa yang lama ?
1. Kita dapat membina pelanggan yang ramai.
2. Kita dapat tahu mengenai pasaran.
3. Kita dapat belajar kehendak pelanggan.
4. Kita dapat belajar pengurusan kewangan
5. Kita belajar kaedah pemasaran yang paling sesuai
6. Kita dapat membina hubungan dengan medi
Yang paling penting, adalah nama kita akan terpahat di hati pelanggan. Dengan ini, pelanggan kita akan menjadi ejen pemasaran kita yang terbaik.
Contoh terdekat adalah diri saya sendiri, apabila saya memulakan perniagaan Kursus Memborong ke China 3 tahun yang lepas. Saya adalah pioneer dan sebelum itu belum terdapat kursus sebegini. Sepanjang 3 tahun ini, sudah banyak kali saya merancang untuk menghentikan perniagan dengan alasan untuk beralih angin atau beribu alasan lain.
Namun saya bernasib baik, setiap kali saya merancang ingin menukar perniagaan, ada saja pelanggan lama saya atau rakan media saya menghubungi dengan peluang-peluang yang baru. Ini menyelamatkan saya.
Kembali kepada topik kita, apabila nama kita terpahat di hati pelanggan, apabila mereka sebut saja mengenai perniagaan kita, mereka akan menyebut dan mempromosikan nama kita kepada pelanggan mereka.
Promosi mulut ke mulut adalah promosi yang terbaik. Ini kerana manusia diciptakan dengan ciri yang suka berkongsi pengalaman.
Jadi jika pelanggan anda mendapat pengalaman yang baik dan berpuas hati dengan layanan anda, dia pasti akan bawa 10 orang pelanggan dan 10 orang pelanggan ini adalah sumber keuntungan perniagaan anda.
Namun AWAS !!! anda juga perlu ingat, pelanggan anda juga boleh menjadi ejen perosak perniagaan anda. Jika mereka mengalami pengalaman buruk dengan perniagaan anda, mereka akan ceritakan ini kepada 100 orang.
Jadi tips kali ini adalah
1. Kekal lama dalam satu-satu perniagaan.
2. Puaskan hati pelanggan anda.
3. Sentiasa belajar dan tambah baik perniagaan anda.

7 Cara Menjadi Productive Pada Tahun Depan


Di akhir tahun seperti ini tentu anda mula menenangkan pemikiran anda dengan mengingati kembali tugas serta pencapaian anda sepanjang tahun ini. Namun jika anda berfikir secara mendalam, sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tangguhkan berbanding apa yang kita capai.
Kita terpaksa akui, kadang-kala kita lalai dari fokus utama kita. Malah kita suka untuk lalai. Kita lebih suka lepak berbanding menyiapkan kertas kerja, lebih minat berehat di rumah berbanding ke pejabat, lebih suka berjumpa kawan berbanding pelanggan. Ada pula yang menghabiskan berjam-jam di inbox menunggu email seperti menunggu posman atau menghabiskan masa membaca status facebook rakan-rakan.
Berikut adalah 7 tips untuk menjadi lebih produktif:
1. Memecahkan Perkara Yang Ingin Dicapai Kepada Tugasan-tugasan Kecil
Jika anda ingin membuat website syarikat, anda kemudiannya menulis ayat "Bina Website Syarikat" di atas dinding tidak akan menjadikan website anda itu siap. Sebaliknya anda seharuskan memecahkan objektif itu tadi kepada tugasan-tugasan kecil seperti merangka kandungan website, mengiklankan tugasan membuat website, menyiapkan logo syarikat, mengambil gambar-gambar menarik untuk dimuatkan dalam website dan sebagainya. Dengan adanya tugasan-tugasan kecil ini, objektif yang ingin dicapai akan kelihatan lebih mudah dan mampu dicapai.
2. Hentikan Membuat Beberapa Kerja Dalam Satu Masa (Multi-tasking)
Ramai orang berbangga bahawa mereka mampu untuk 'multi-tasking' atau membuat beberapa kerja dalam satu masa. Namun anda sepatutnya menghentikan perkara ini. Apabila anda membuat beberapa kerja dalam satu masa, nilai IQ anda akan turun 15 mata bagi lelaki dan 5 mata bagi perempuan (lelaki adalah 3 kali lebih teruk dalam multitasking berbanding wanita). Jadi kerja yang dibuat adalah kurang berkualiti.
3. Buang atau Halang Perkara Yang Boleh Melalaikan
Apabila hendak menghabiskan sesuatu tugas, cuba tutup perkara lain yang boleh melalaikan. Contohnya, apabila anda sedang menyediakan 'sebut harga' kepada pelanggan anda, anda tidak seharusnya online di facebook pada masa yang saya. Kerja yang asalnya boleh disiapkan dalam 15 minit akan memakan masa 1 jam hasil dari perkara yang melalaikan. Cuba buat sepenuhnya satu kerja pada satu masa. Jika perlu tutup telefon dan television pada waktu anda sedang menghabiskan kerja.
4. Memeriksa dan membalas email
Elakkan melihat email setiap 5 minit. Sediakan masa 3 kali sehari untuk membaca dan membalas email.
5. Gunakan telefon
Email tidak seharusnya digunakan untuk berkomunikasi secara santai. Ia akan memakan masa yang lama. Anda boleh dengan mudah menelefon dan menghabiskan kerja yang sepatutnya ditanya dalam 5-10 email dalam masa 3 minit di telefon. Orang yang bercakap dengan anda juga, tidak ada pilihan untuk tidak menjawab soalan yang ditanya dengan terperinci.
6. Bekerja dengan Agenda dan Jadual tersendiri.
Jika anda ingat sewaktu di sekolah dahulu, semua kita mempunyai jadual. Jika tidak ada jadual, tidak mungkin cikgu mampu menghabiskan silibus setahun pengajaran tersebut. Samalah seperti dalam hidup kita kini, kita seharusnya mempunyai jadual ringkas untuk kita tidak rugikan masa. Jangan biarkan anda dalam keadaan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Rancang hari anda sehari atau seminggu sebelum itu.

7. Bekerja dalam fasa 1-1.5 jam
Jika anda bekerja, pastikan anda mengambil rehat 10 minit setiap sejam atau sejam setengah. Otak memerlukan rehat sedikit. Anda tentu pernah mengalami pengalaman berada dalam bilik mesyuarat lebih dari 1.5 jam. Anda akan merasa sangat letih. Anda akan menjadi tidak produktif jika tidak mempunyai rehat. Jadi pastikan anda mempunyai 10 minit untuk pergi berjalan-jalan, minum kopi atau melihat pemandangan. Dengan adanya rehat ini, otak anda akan kembali bersedia untuk bekerja lebih keras.

Langkah Untuk Berjaya


3 jenis manusia yang sangat diperlukan oleh Usahawan untuk berjaya. Jika anda baru nak bertatih dalam bidang keusahawanan. Pastikan anda cari 3 jenis orang ini dengan apa cara sekalipun.
Jalan anda akan menjadi jauh lebih mudah dengan adanya 3 jenis manusia ini. Siapakah mereka?

1. Mentor
Mentor atau guru adalah sesiapa di sekeliling anda yang lebih tua dan telah berjaya bagi anda. Orang seperti ini tidak semestinya hanya seorang. Anda boleh mencari ramai orang, seolah-olah mencari ramai guru untuk mempelajari ilmu-ilmu tertentu.
Anda perlu juga tahu cara membezakan ilmu dan sampah. Kekadang mungkin anda perlu melaluinya baru anda tahu samada ini ilmu atau sampah.
Contohnya, jika mentor yang anda ada pernah ditipu oleh orang Pakistan, maka mungkin dia akan menyatakan kepada anda bahawa "orang Pakistan tak sesuai untuk perniagaan. Jangan sekali-kali berurusan dengan mereka".
Kenyataan seperti ini mungkin betul, mungkin juga sampah. Tetapi anda harus mengambil langkah berjaga-jaga jika ditakdirkan membuat perniagaan dengan orang Pakistan.
Tetapi dalam banyak keadaan saya lihat, kesimpulan yang dibuat oleh orang yang lebih tua kebanyakannya betul (orang Pakistan hanya  contoh semata-mata).
Mempunyai seorang mentor adalah seperti anda berdiri di atas bahu gergasi yang besar. Anda tidak perlu melalui pengalaman 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun. Anda hanya perlu tahu tips-tips ini dari orang yang layak memberi tips.
Saya secara peribadi agak bersyukur kerana saya mempunyai ramai rakan yang dua kali ganda umur dari saya. Dan saya mendapat banyak tips-tips berguna dari mereka.
Jadi sebagai usahawan baru, cari mentor anda. Jika tidak, anda akan menghabiskan 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun melakukan kesalahan yang tidak perlu.
2. Rakan Sekeliling yang Berjaya
"Jika anda berkawan dengan orang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk"
Apabila dua insan bertemu, mereka akan saling mempengaruhi antara satu sama lain, walaupun dalam aspek yang baik mahupun jahat. Ini reality. Terima ini sebagai kebenaran.
Jadi untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu mengelilingi diri anda dengan orang yang berniaga, jika lebih baik, orang berniaga yang berjaya.
Anda harus lakukan apa saja untuk ini. Jika anda kekal mengelilingi diri anda dengan orang yang bekerja makan gaji, semangat anda akan luntur.
Ini boleh difahami dengan mudah apabila kita lihat apa yang dituturkan oleh pekerja dan peniaga.
Pekerja biasanya akan merungut mengenai gaji, boss, politik pejabat, masa cuti yang singkat, dan akan bergembira jika diberi bonus, kenaikan pangkat atau mendapat tawaran kerja baru.
Manakala peniaga pula akan merungut mengenai sales yang jatuh, perniagaan yang tak menjadi, pengurusan perniagaan yang salah, barangan lambat sampai dan peniaga akan bergembira jika sales meningkat naik, perniagaan yang dirancang menjadi, pelanggan puas hati atau membuka cawangan baru.
Jadi pekerja dan peniaga dalam dunia yang berasingan. Untuk jadi peniaga, kelilingi diri anda dengan golongan peniaga. Mereka akan lebih memahami anda dan anda juga akan lebih memahami mereka.
Kongsi masalah dan kongsi pengalaman bersama mereka .
3. Super-connector
Golong ketiga pula adalah super-connected. Super-connected adalah orang yang mempunyai ramai kenalan dan kawan-kawan. Mereka ini mudah dikenali. Ciri-ciri mereka adalah mereka mesra dengan semua orang, mempunyai ramai kawan, tidak mempunyai cita-cita tinggi dan selesa dengan kehidupan yang ada.
Sebagai usahawan kita mempunyai cita-cita tinggi, jadi kita boleh gunakan orang super-connector ini untuk mengenali orang yang kita perlukan. Mengunakan di sini tidak bermaksud mengeksploitasi. Menggunakan dengan niat yang baik.
Jaga super-connector ini sebaik mungkin. Berikan mereka keselesaan untuk bersama anda. Cuba selesaikan masalah mereka. Biasanya masalah yang mereka hadapi mungkin dari aspek kewangan.  Anda boleh belanja mereka makan setiap kali keluar bersama. Ini sudah memadai bagi mereka. Mereka tahu bahawa mereka tidak mengeluarkan apa-apa modal apabila bersama anda.
Melalui mereka ini, dapatkan contact yang perlu pada waktu yang perlu. Ini bermaksud, anda seolah-olah meminta pertolongan dari mereka. Jika mereka kenalkan dengan orang yang kita perlukan. Ucapkan terima kasih. Sentiasa kenang jasa mereka.
Orang yang bersyukur akan ditambahkan rezeki mereka.

Friday, 23 March 2012

PENGEDAR KAWASAN ANDA




Bukit payong(marang)
Mohd Saman Omar : 012-9597989



Machang Kelantan:
Kak nie :013-9269196, 0148456634



Permatang pauh(politek):
Wan 019-9918546
Azlan 014-5393508



Putrajaya (Prensit 9)
Mohd Afrizi Hilmi:013-3714753



Uitm(Puncak Alam, Puncak Perdana dan UITM  Induk)
Ruzmaliana: 012-7299913, 013-3937194




Kami Mencari Agen student perfumes untuk 100% Original Perfume
EJEN 100%0r 50% PERFUME STUDENT ORIGINAL DIPERLUKAN!Perniagaan yang amat mudah!
Boleh dilakukan secara full time @ part time. Sesuai untuk student, suri
rumah, dan sesiapa sahaja yang ingin mencari extra income!

Tak perlu modal yang besar! Tiada Risiko! Tiada yuran dikenakan untuk menjadi
ejen kami!Anda membeli 20 botol untuk menjadi pengedar
tetap kami. Dimana kami akan bagi free wangian
tested untuk wangian 10 jenis wangian ( 5 wangian
Lelaki dan 5 wangian Perempuan). Katalog / gambar disediakan,
anda boleh copy dari perfumestudent2u.blogspot.com dan promote
produk kami di blog, FB atau website anda! Juga boleh dilakukan secara
offline. Berminat? Sila email butiran berikut ke
perfumesstudent2u@gmail.com @
hubungi azlan di 014-5393508








DIPASARAN

Harga sebotol

2ml  = Rm8.00 - 9.00
3ml  = Rm11.00-12.00
5ml  = Rm16.00-18.00 
8ml  = Rm23.00-25.00
12ml= Rm27.00-32.00

2ML

3ML

4ML

5ml


 
6ML


8ML